Saturday, August 20, 2011

It has been like almost 2 years since my last post, DUDE!!!???

Assalamualaikum & Peace be upon you.

Okay, first of all, macam mana boleh dapat 1000+ view counts walaupun dah hampir 2 tahun aku tak update? Jangan cakap yang sememangnya ada orang di luar sana yang checking on my blogs regularly to see if there's any updates or not? Please say "HI" to me if you do exist. Especially if you're a hot nerd chicks with freckles & spectacles. *Hee

Okay, second of all, aku tersangat rindukan blogging, not for the trend obviously. Tapi sebab for the past 2 years, I have been working my ass off dan hidup aku tersangat rutin sampaikan dah tak ada masa atau inspirasi untuk aku menulis. Kadang-kadang, ada masa tapi inspirasi tak ada, vice versa. Aku rindu nak kongsi memories, thoughts & macam-macam benda yang cliche yang bloggers selalu suka nak share dengan readers diorang lah. (i'm not a blogger & i don't think i have readers but what the hell lah kan?).

Aku rasa, for my 1st post selepas hampir 2 tahun tak bercerita, aku nak buat "proper comeback introduction" dan tak mahu terus jump into random posts macam yang aku buat sebelum-sebelum ni. So here we go again!

It has been 2 years, almost. Nama aku Haqim Zolkefli, dan aku gunakan blog ni untuk post perkara-perkara random yang aku experience sendiri, atau whatever shits that i run into here on the internet, & memories; let it be tenderly-sweet ataupun ugly-fuckface memories.

I blog for fun, for expressing, and for sharing.

Aku harap, aku tak akan cuti blogging lagi lepas ni sebab aku rasa dah terlalu banyak benda dalam hidup aku, yang aku buat half-way atau bercita-cita nak buat tapi tak pernah ambil that stupid fugly first step. Well, aku dah ambil aku punya stupid fugly first step in blogging years ago dan aku taknak berhenti lagi sekali.

Aku harap, ada orang baca blog aku sebab aku sangat-sangat suka sharing apa-apa yang twisted mind aku fikir, experienced, atau ingat. Kalau tak percaya, boleh add aku di Facebook & sila stalk wallposts aku yang terlalu bersepah dengan segala macam haram jadah yang aku share dari dua sumber; Kepala hotak sendiri & Internet.

Tak tahu siapa lah manusia-manusia 1000+ yang samada tersesat (which is very likely) atau pun memang suka masuk sini dan baca posts aku berulang kali (which is not likely), but whoever you are..TERIMA KASIH!


Iam now, officially launched, again.


Saturday, October 3, 2009

Selepas hampir sebulan..

Dah nak dekat sebulan aku tak update. Aku dah mula bekerja start 1 September haritu dan sekaligus memang tak ada masa langsung nak blogging. Pukul 6.30am lagi aku dah set alarm nak bangun. Bukan sebab aku kuat sembahyang, tak pun. Tapi sebab supaya aku boleh snooze untuk setengah jam tanpa buka mata. Lepas setengah jam, aku buka sebelah mata je untuk set alarm jadi 7.15am pulak. Teruk punya pemalas kan? Biasa lah tu.

Entry raya aku tak buat lagi. Super Pixie dah banyak kali suruh aku buat entry raya sebab dia kata aku kelakar. Aku tahu la aku kelakar, tapi pemalas. Kadang-kadang nak buat kelakar pun aku malas. Biar je keadaan tu senyap sunyi tanpa kekelakaran aku sebab kalau aku tak buat kelakar semua kawan-kawan melepak pun akan jadi sugul, hampir kepada depress dan kemudian senyap je sambil hirup teh o suam atas meja. Biasa lah tu.

Ok lah, entry raya aku akhirnya berjalan jugak. Tapi aku tak mahu cerita pasal raya aku hari tu. Sikit-sikit ada lah kot. Sebab untuk hari raya aku, aku perasan yang semakin umur aku berkurangan zaman mudanya ni, aku rasa segala macam benda yang pernah jadi istimewa dan bermakna masa aku masih kecil dulu dah jadi hampir mediocre bila aku dah berumur 24tahun dan makin bertambah. Mungkin sebab bila dah tua ni kita makin hebat membuat penilaian dan lebih berfikir berbanding zaman kanak-kanak dulu. Dulu, lebih kurang 6 7 tahun lepas, kalau bagi aku bunga api belang-belang yang suka terbakar secara inconsistent tu pun boleh buat aku rasa macam dunia ni aku yang punya. Seronok sangat tulis nama sendiri atas jalan, tak kisah pun bila kena bakar sampai 15 batang bunga api semata-mata nak tulis HAQIM COM__. Tak habis tulis sebab bunga api dah habis. Tapi tak apa, yang penting aku tahu perkataan apa yang tak habis tu, dan ramai lagi yang tahu.

Seronok sangat bila bakar mercun katak dan tengok dia lompat-lompat kejar orang. Esoknya tu bila berkumpul dengan kawan-kawan setaman sambil duduk atas basikal masing-masing, akan berceritalah "hahaha semalam yang aku bakar tu kejar kau kan? Kelam kabut kau lari. Hahaha." Ataupun, "weh mana nak beli thunderclap eh? Tapi mahal la, sebatang RM1.50 kan?".

Nampak tak? Walaupun kita tahu yang mercun katak tu mana ada kejar orang. Dia memang tabiat dia meletup merata-rata. Sebab ikatan dia ke apa tah tak tahu la. Tapi masa kecil dulu mana ada fikir semua tu. Yang penting kita seronok tengok orang lari lintang-pukang sebab mercun katak. Walaupun yang sebenarnya tak ada pun kena kejar. Perasan je lebih. Nak perhatian kot. Tapi kita masih mudah terhibur masa kecil dulu..kan? Sampaikan kepanjangan ubat nyamuk yang digunakan untuk bakar mercun atau bunga api tu pun boleh jadi hal. Kalau ayah kita keluarkan ubat nyamuk selingkar, patah-patahkan untuk kita main, mesti kita akan pilih yang panjang kononnya macam lagi hebat dari yang dapat pendek tu. Teruk betul kan?

Lagi satu, kalau pergi tarawih. Sumpah memang seronok sebab bila sampai je kat masjid, cari lokasi kawan-kawan lepak atas basikal masing-masing dan terus join sekali. Kemudian terus bagi idea lapuk yang seronok "jom ahhhh polis sentri!". Tarawih? Berpeluh-peluh dan bergelak ketawa sambil lari keliling masjid dan menyorok di celah-celah kereta adalah tarawih kita masa kecil dulu. Betul tak? Kalau ada yang geleng kepala tak setuju, memang kau tak ada kawan masa kecil. Booooo.

Bila malam pulak, kalau dapat stay up sampai pukul 12 malam, konon dah late sangat la tu kan, sebab nak tengok mak kita atau makcik-makcik kita bakar kuih, tu memang antara moment yang terheaven di dunia lah. Walaupun yang sebenarnya terjadi adalah bancuh ramuan, oven panas, keluar masuk kuih dalam oven. Tapi sebab masa tu kita masih kecil, dalam sekelip mata benda tu jadi pelangi untuk kita kan?

***

Sekarang, lepas buka puasa, siapa yang rajin mungkin akan pergi tarawih di surau. UNTUK BERTARAWIH. Lepas tu mesej kawan-kawan melalui handphone untuk ajak lepak di mapley sambil hisap rokok dan berborak pasal kerja atau gosip kawan-kawan lain. Biasa lah tu.

Mercun yang meletup hanyalah mercun yang meletup. Tidak ada maksud tersirat di sebalik mercun katak yang melompat-lomat, atau mercun mancis yang pernah satu ketika dulu memegang title mercun amatur yang terkuat dan menjadi bualan kawan-kawan berbasikal. Bunga api pulak takkan disentuh lah. Tapi kalau ada pun nak bakar bunga api, selepas 5 saat campak atas jalan biar dia terbakar sendiri je. Itu lah baru membakar duit namanya.

Masa kecil dulu, jangankan mencarut, nak kata "bodoh" pun kena fikir dulu boleh ke tidak nak cakap. Takut puasa terbatal dan tak dapat rasa nikmat berbuka waktu maghrib nanti. Tak pun takut kawan-kawan ejek puasa kita dah batal sebab tercarut. Punyalah kita dulu masa kecil-kecil innocent tak ingat dunia punya kan? Tapi sekarang? Malas nak explain, paham-paham sendiri je.

Kalau tak pergi tarawih atau lepak dekat maple minum-minum, kita lebih enak duduk depan tv sambil channel surfing sampai lah tertidur. Tak pun, main facebook sampai pagi buta dan terus bersahur. Lepas tu tidur. Mana ada masa nak keluar naik basikal dengan kawan-kawan, main kejar-kejar dekat perkarangan masjid. Nanti orang kata kita gila. Kena balasan Tuhan sebab tak pergi sembahyang tarawih walaupun dah tua bangka. See?

***

Bukannya aku nak suruh korang main kejar-kejar dekat masjid tu pun. Tak. Maksud aku, pada aku lah, raya yang aku kenal dulu tak sama dengan raya yang aku alami sekarang. Memang aku seronok, terharu, mata berkaca, jantung berdebar, senyum sampai ke kening lebat, dan lain-lain perasaan istimewa yang semua orang rasa bila aidilfitri tiba. Tapi aku mungkin berani kata yang semua reaksi ni adalah untuk raya yang baru. Bukan semacam mana raya aku masa aku kecil dulu. Aku memang suka sentimental. Sebab kalau tak ada sentimental value dalam kepala aku yang berkening lebat ni, mungkin sekarang aku dah jadi seorang lelaki berkolar tegak dan berbaju kuda yang ada nombor dan jalan berkepak sambil pandang slack kat semua orang. Konon dewasa la tu. Konon matang la tu. Bullshit.

Walaubagaimanapun, aktiviti mematahkan ekor mercun roket dan bakar sumbunya dalam lima enam batang, letak atas kotak kat tengah padang dan berdiri dalam bulatan mengelilingi kotak tu sambil menutup mata adalah thrill yang dapat membuatkan aku gelak macam orang gila sepanjang malam. Tambah pula dengan perang mercun roket yang ditembak menggunakan kelongsong mercun das yang dah habis. Macam mesin masa, bawa aku balik ke masa kanak-kanak dulu.

Peh. I love raya.

Thursday, September 10, 2009

semua orang post lirik lagu..nak cuba lah.

Have You Passed Through This Night? by Explosions In The Sky

This great evil - where's it come from?

How'd it steal into the world?

What seed, what root did it grow from?

Who's doing this?


Who's killing us, robbing us of life and light, mocking us with the sight of what we might have known?


Does our ruin benefit the earth, aid the grass to grow and the sun to shine?

Is this darkness in you, too?
Have you passed through this night?